Terdapat banyak kisah perkahwinan di luar sana yang mana ada yang menceritakan kisah perkahwinan yang membahagiakan, namun tak kurang juga menganggap kisah perkahwinan mereka merupakan mimpi ngeri mereka. Mari kita rungkai 3 jenis perkahwinan yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Moga-moga kita mendapat pengajaran dari apa yang pernah berlaku kepada orang lain.
Biasa dengar kahwin paksa? Hal ini nampak macam kononnya hanya berlaku dalam kisah orang-orang dahulu kalau, namun anda silap. Zaman sekarang masih berlaku lagi. Jom kita rungkai 3 jenis kisah perkahwinan yang berlaku dalam masyarakat kita.
Seperti yang diceritakan di atas, perkara sebegini masih lagi berlaku dalam masyarakat kita. Pendekatan yang paling mudah kita ambil adalah faktor pekerjaan. Mereka yang berjawatan dalam kerajaan dianggap tetap dan berpencen. Justeri golongan ini menjadi sasaran ibu dan bapa si gadis untuk memastikan anak-anak mereka hanya akan berkahwin dengan mereka yang berjawatan tetap kerajaan sahaja. Walaupun sekarang tiada pengambilan tetap dan pencen yang mungkin dihapuskan, namun stigma ini masih melekat dalam fikiran para ibu bapa.
Jika ada anak gadis mereka yang telah pun menjalin cinta selama bertahun-tahun, percayalah ibu bapa ini tetap akan memaksa anak gadis mereka berkahwin dengan lelaki pilihan mereka yang berjawatan tetap di sektor kerajaan. Ada juga kerana faktor harta dan pangkat, walaupun kerja sektor kerajaan, tapi faktor gaji besar seperti pegawai Petronas yang bekerja di KLCC menjadi taruhan si bapa untuk memaksa anak gadis mereka memilih lelaki tersebut.
Jangan tidak menyangka bahawasanya kata-kata yang keluar dari mulut kita terkadang menyakitkan hati orang lain. Maka berhati-hatilah. Ini kerana jika kita melihat atau berhadapan dengan seseorang yang belum berumahtangga terutama sekali wanita, tak perlulah tanya berulangkali adakah beliau tidak mahu berkahwin? Siapa je yang tak mahu berumahtangga, akan tetapi jika jodoh belum kesampaian, maka tiada siapa pun yang dapat menyangkal takdir Tuhan.
Ada yang mengalami tekanan mental hingga memilih untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menghampiri mereka. Suami orang, mahupun lelaki yang tak semenggah, golongan wanita yang sudah lanjut usia ini kadang-kala mengahdapi tekanan perasaan dan sanggup berkahwin dengan sesiapa sahaja. Tidaklah kita mengatakan lelaki-lelaki yang kurang semenggah itu tidak bagus dijadikan suami, tetapi terkadang kita melihat lelaki-lelaki jenis ini kadang-kadang suka melepak, menghisap rokok beramai-ramai tepi jalan tanpa hala tuju, maka kadang-kala lelaki ini juga diterima oleh wanita tadi semata-mata ingin menutup status andartu mereka. Justreu hentilah dari menekan wanita-wanita di luar sana yag belum bertemu jodoh.
Inilah kisah perkahwinan yang diidam-idamkan oleh semua pasangan mempelai. Dua jiwa satu hati, disatukan pada majlis gilang-gemilang, menjadi sejarah kisah hidup yang akan diceritakan kepada anak cucu. Walaupun ada yang tidak berjaya mengecapi kebahagiaan ini, namun bersyukurlah, kerana Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dia berkemampuan.
Maka bagi mereka yang dapat mengecapi kebahagiaan ini, haruslah diingatkan, persediaan majlis perkahwinan perlulah dilakukan sebaik mungkin supaya majlis berjalan dengan lancar. Lihat sini 7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan sebagai tips untuk melakukan persediaan menjelang majlis kahwin tersebut.
Yang mana satu kisah anda? Moga-moga kita semua diberi peluang untuk mengecapi nikmat berkahwin dengan orang yang kita sayang dan pasangan kita juga diterima oleh keluarga agar perkahwinan kita direstui. Adakah anda bakal mempelai? Sudah temui pakej katering yang sesuai untuk majlis anda? Jika belum, kami dari Seri Indah Catering sudi untuk berbincang dengan anda bagi merealisasikan majlis perkahwinan anda agar berjalan dengan lancar. Ingin Test Food menu kami? Klik link whatsapp di bawah:
Atau boleh scan pada kod QR di bawah
Kenalkan kepada kenalan yang ingin melangsungkan perkahwinan
Tebus Saguhati