7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan

Seri Indah Catering - 7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan

Menganjurkan majlis perkahwinan bukanlah suatu yang boleh diambil ringan, terdapat beberapa langkah persediaan untuk membuat majlis perkahwinan. Ini terbukti  apabila persediaan yang dilakukan secara main-main, akan terdapat cacat cela dalam majlis tersebut yang boleh menyebabkan ahli keluarga menjadi kelam kabut untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul kelak.

Senarai 7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan

Persediaan majlis perkahwinan ini biasanya dilakukan oleh bakal mempelai, namun ibu bapa tak kurang juga akan sama-sama menjadi sibuk untuk bersama-sama memastikan majlis berjalan lancar. Berikut beberapa tips disediakan untuk bakal mempelai agar dapat memastikan majlis berjalan sebaik mungkin. Ada 7 langkah persediaan majlis perkahwinan yang ingin kami kongsikan di sini:

1. Dana Secukupnya

Dana secukupnya di sini bukanlah bermakna jika suatu kos majlis perkahwinan itu mencecah sehingga 20k ke 30k, pasangan pengantin tersebut telah mempunyai sejumlah wang secukupnya sebanyak itu, sebaliknya jika sudah ke arah itu, seperti separuh atau sebahagian, itu sudah memadai dan menjadi penanda aras bahawa majlis boleh dilangsungkan. Ini kerana untuk menyewa khemah, kerusi meja, PA sistem, mak andam, kompang, katering, kesemuanya memerlukan modal untuk membayar pihak mereka terlebih dahulu.

2. Daftar Kursus Kahwin

Berdaftar dengan kursus kahwin ini sebenarnya lebih kepada sebagai peringatan kepada kedua bakal mempelai tentang bahtera yang akan mereka layari. Banyak ilmu alam perkahwinan akan dikongsikan dalam kursus tersebut secara tak langsung menjadikan bakal suami dan isteri bersedia untuk memegang peranan masing-masing kelak. 

3. Tetapkan Tarikh Kahwin

Tarikh kahwin adalah perkara utama yang paling perlu dititberatkan. Ini kerana, untuk menempah dewan, baju, jurumekap, katering, semuanya memerlukan tarikh. Justeru jika sudah mencapai persetujuan kedua belah pihak untuk menyatukan kedua pasangan, maka tetapkan tarikh secepat mungkin. Tarikh inilah antara langkah persediaan majlis perkahwinan yang merupakan antara yang paling kritikal.

4. Booking Dewan

Di zaman serba moden ini, agak sukar untuk menganjurkan majlis di rumah masing-masing. Ada di kalangan jiran yang tidak selesa atau tidak mengizinkan untuk penutupan jalan dilakukan bagi memberi laluan kepada majlis perkahwinan. Justeru, bagi menyelesaikan masalah-masalah ini, banyak Wedding Planner atau syarikat-syarikat katering telah mula fokus untuk menganjur majlis hanya di dewan-dewan sahaja. Perlu diingatkan, tidak perlu membazir dengan menyewa ballroom pihak hotel, cukup sekadar dewan-dewan yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya atau pihak PBT. Cuma disebabkan ramai yang juga ingin menganjurkan majlis perkahwinan di dewan-dewan ini, maka seeloknya booking seawal mungkin.

5. Ukur Pakaian

Perkara yang merisaukan jika butik tidak mampu menyiapkan baju mengikut tempoh masa yang dibincangkan. Kadang-kala perkara ini tidak boleh disalahakan kepada satu pihak saja, ini kerana bakal pengantin perlu juga membuat ukuran secepat mungkin agar pihak butik ada tempoh masa yang lebih untuk menyiapkan busana pengantin yang jahitannya agak kompleks. 

6. Tentukan Jumlah Jemputan

Dalam membuat langkah persediaan menjelang majlis perkahwinan, ramai yang terlepas bahagian ini. Terlepas yang dimaksudkan adalah, anak-anak yang merupakan bakal pengantin dan ibu bapa bakal mempelai juga tidak berbincang jumlah tetamu yang mereka ingin jemput. Tambah lagi dengan grup-grup whatsapp, telegram dan media sosial, jemputan boleh menjadi luar dari jangkaan. Akhirnya majlis menjadi kelam-kabut kerana makanan habis awal, ada tetamu yang datang dari jauh kerana makanan sudah tiada atau tinggal saki baki sahaja sedangkan jam baru menunjukkan pukul 1 petang walhal dalam kad jemputan majlis adalah sehingga jam 4 petang. Ini akan menjatuhkan air muka pihak keluarga kerana tetamu akan berasa marah dan kecewa. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, JANGAN benarkan sesiapa pun untuk menghantar jemputan ke grup-grup whatsapp/telegram/media sosial, sebaliknya jemputan diberikan terus kepada orang yang dijemput ke nombor telefon mereka.

7. Lakukan Test Food

Zaman viral ini, jangan terpedaya dengan mana-mana syarikat yang hanya gah pada status viral mereka, ini kerana jika satu-satu katering itu terlalu viral, tempahan mereka pasti tak cukup tangan. Ini mengundang masalah di hari majlis kerana pihak katering tersebut terpaksa uruskan banyak tempat dalam satu-satu masa. Jadi pastinya terdapat kekurangan yang mereka tak dapat nak jangka. Ada juga kes yang bakal pengantin tidak pernah bersua muka pun dengan pihak katering dan hanya membuat bayaran muka untuk tempahan. Akibatnya, ada juga kes katering tidak muncul langsung di hari kejadian. Ini pastinya mengecewakan dan memusnahkan harapan pihak keluarga pengantin. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan test food, berjumpa dengan pihak katering, kalau boleh dekat ofis atau kawasan memasak mereka(jika rumah pun tak apa). Minta pihak katering sediakan test food supaya kita dapat berbincang secara bersemua dan merasai secara langsung makanan yang bakal mereka hidangkan.

Di Seri Indah Catering, kami menggalakkan pelanggan untuk mencuba dahulu masakan kami, tidak semestinya secara persendirian, bakal pengantin juga boleh request untuk kami bawa makanan lebih ke majlis kahwin yang kami terlibat ketika itu dan mencuba secara langsung di majlis yang sedang kami kelolakan ketika itu. Pihak Seri Indah Catering akan minta kebenaran pihak tuan rumah untuk mengundang bakal pengantin yang ingin merasa makanan secara langsung di majlis yang sedang berjalan itu. Klik butang di bawah untuk terus booking test food bersama kami.

Atau scan kod QR di bawah

Dapatkan 3% komisyen

Refer pada rakan!

Kenalkan kepada kenalan yang ingin melangsungkan perkahwinan

Tebus Saguhati

Saya Berminat!
Takpe, lain kali