“Menyintai bukan semestinya memiliki, tetapi untuk memiliki kisah cinta yang indah perlukan usaha kedua pihak. Tidak akan hadir cinta tanpa keduanya membibitkan perasaan yang sama, terbit ikhlas dari hati, mengimpikan hari indah bersama sebagai mempelai, menjadi idaman setiap pasangan bercinta..”
Mata bertentang mata, mula jatuh ke hati, jantung berdegup laju, tiada siapa yang tahu betapa hati ini sudah mula bergelora untuk memiliki si dia. Hanya menunggu keberanian untuk hadir bagi menggerakkan seluruh tubuh bagi memulakan langkah untuk menegur si dia. Perlahan-lahan mengatur langkah menuju si dia untuk memulakan bicara pertama.
“Hi..” sapa si teruna
“…” si gadis hanya memandang tanpa membalas, cuba untuk menjual mahal sedangkan hatinya juga sudah membuak-buak.
“Meriahkan majlis ni?” si teruna cuba lagi untuk mendapatkan respon
Mereka berdua menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka namun tidak mengenali satu sama lain. Si Teruna menghadiri majlis tersebut seorang diri sedangkan si Gadis yang merupakan Wedding Planner sedang berehat sebentar kerana kepenatan.
“Ermmm..” si gadis seperti tak terkata tak tahu nak menjawab apa
“Siapa yang kahwin? Sedara ke?” cubaan si teruna seterusnya
“Eh taklah..kawan saya, satu tempat kerja” si gadis dah mula kurangkan cubaan menjual mahal tadi
“Ouh..saya dengan dia sekolah sama dulu..pastu masuk U kita orang berpisah..dah keje ni baru contact balik..tau2 je nak kahwin dah dia..haha” si teruna cuba untuk selesakan si gadis dan cubaan itu berjaya apabila si gadis tersenyum manja
“Saya Adam..keje kat KL..ni balik kampung sebab nak datang majlis ni..awak memang orang sini ke?” soalan seterusnya sang teruna
“Saya Hawa..dapat tawaran keje sini..tapi saya bukan orang sini..mak ayah asal Selangor” jawab si gadis
“Jadi Hawa selalulah balik Selangor? ” si teruna terus nak tahu lanjut
“Adelah 2 minggu sekali balik sana..jumpa mak ayah” jawab si gadis
“I see..saya memang orang sini..sekolah sini..membesar kat sini..tapi tulah..dah bz keje kat KL..balik pun jarang-jarang..ade lah sebulan sekali” si teruna teruskan perbualan
* KEDUANYA SENYAP SEKETIKA *
Si gadis minta diri untuk menyambung kerja, sang teruna terasa masih belum cukup puas untuk berbicara namun terpaksa merelakan demi membiarkan gadis tersebut menyambung kerja. Namun sang teruna masih belum mengetahui bahawa si gadis adalah merupakan Wedding Planner yang bekerja secara part time di hujung minggu, dan berkaitan dengan rakan mereka berdua adalah merupakan rakan sekerja di hari biasa.
“Rajin awak yer!” sangkaan si teruna bahawa si gadis hanya menolong disebabkan kemungkinan si gadis ringan tulang untuk menolong di majlis tersebut.
Gadis tersebut cuma senyum dan meneruskan langkah.
Kisah ini diteruskan dengan menggantikan nama si teruna dan si gadis kepada Adam dan Hawa. Kedua mereka berpisah sementara, Adam mula termenung samada mahu terus pulang atau sebaliknya. Namun beliau berasa sangsi dan konfius tidak tahu untuk membuat keputusan.
Adam melihat dari kejauhan beriya-iya Hawa melakukan kerja seolah-olah Hawa merupakan pekerja katering. Ceritanya, kerana terlalu terpesona dengan wajah Hawa, Adam tak perasan bahawa Hawa menyarung pakaian rasmi syarikat katering.
“Ahhhhhhhh! tolong sekali lah..member sekolah kot!” Adam berkeras tak mahu pulang sebab belum puas berbicara dengan Hawa.
“Ni pinggan-pinggan kotor ni nak hantar kat mana awak?” Adam tiba-tiba muncul depan Hawa membawa sebesen pinggan kotor.
“Ehhh..letak sana..letak sana je awak..takyah la angkat..tu keje kitaorang” Hawa serba salah bila Adam buat kerja
“kerja kita orang?” Adam bingung sambil berbisik ke dalam hatinya..Adam terus hantar ke tempat yang Hawa tunjukkan kemudian terus mencari tandas untuk mencuci tangan beliau..
BERSAMBUNG..
Kenalkan kepada kenalan yang ingin melangsungkan perkahwinan
Tebus Saguhati