Walaupun tiada perkara spesifik tanda lelaki menyukai anda, namun perlakuan ini dapat diterjemahkan dengan perlakuan lelaki apabila cubaan menawan hati si gadis sedang dilakukan melalui tingkah laku yang boleh dibaca, ini kerana lelaki tidaklah terlalu kompleks, mereka akan menunjukkan dengan jelas perkara yang mereka mahukan.

Seri Indah Catering - 9 Tanda Lelaki Menyukai Anda

Terdapat Beberapa Tanda Lelaki Menyukai Anda

Sebagai seorang lelaki budiman, mereka tidak semberono untuk terus mengurat anda di depan orang ramai. Mereka lebih mementingkan standard mereka dan juga menjaga kehormatan kamu sebagai wanita. Namun begitu, ada juga tanda-tanda mereka akan tunjukkan bahawa mereka sebenarnya menyukai anda, jadi ambil perhatian yer tanda-tanda ini!

1. Keluar Rumah dalam Keadaan Kemas dan Wangi

Betullah, siapa sangka anda akan bertembung dengannya, justeru beliau dah bersedia dengan lebih awal, anda dan si dia tidak mengenali satu sama lain pun, akan tetapi bila terserempak di restoren atau mall dan dia nampak kemas dan wangi, itu tandanya dia bersedia untuk menawan hati seseorang. Bagaimana jika korang saling mengenali? Sama sahaja, beliau sudah bersedia, bersedia untuk menawan anda dengan keadaannya yang wangi dan kemas. Ini kerana lelaki jika keluar rumah untuk membeli barang, menonton bola bersama kawan, memancing, atau minum-minum sahaja bersama kawan, mereka akan memakai pakai seringkas mungkin dan tidak perlukan pewangi pun.

2. Keluar ke Tempat yang Gah dan Mewah

Jika ditanya adakah seorang lelaki gemar minum kopi di dalam pasaraya mahupun di kopitiam? Percayalah mereka lebih selesa minum kopi o ais di mamak. Lebih-lebih lagi kalau lelaki tu jenis perokok. Pasaraya merupakan ‘penjara’ kepada mereka kerana mereka tidak dapat dapat melepaskan gian untuk menghisap rokok di dalam pasaraya berikutan penghawa dingin(tahniah buat lelaki yang tidak merokok di luar sana). Justeru jika anda terlihat lelaki di dalam mall jika anda tidak mengenali mereka, maka mereka sedang mencari-cari peluang untuk berkenalan dengan wanita yang berada di mall tersebut. Jika anda berdua saling mengenali, maka apabila lelaki sanggup membawa anda ke tempat yang mewah dan nampak gah, itu adalah usaha beliau untuk menawan anda.

3. Masuk ke Restoren dan Duduk Menghadap

Pernah tak anda sedang makan, tidak kisah beramai-ramai bersama kawan atau keluarga(mak dan ayah) atau pun anda makan keseorangan, ada lelaki yang baru masuk ke restoren tersebut akan memilih tempat duduk yang menghadap anda. Antara tanda lelaki menyukai anda ialah dengan beraninya dia menghadap ke arah anda. Ini kerana lelaki mempunyai gaya bahasa yang jelas, jika dia tidak berminat untuk mengurat, dia akan duduk jauh ataupun berpaling dari anda, jadi perhatikan lah tanda ini. 

4. Malu Kenderaan Kurang Mantap

Jika seseorang lelaki itu meminati anda dalam diam, kemudian terserempak dengan anda secara tak sengaja, jika waktu itu kereta ‘buruk’ beliau ada berhampiran dengan anda, pastinya sang lelaki tersebut sedaya-upaya memberitahu samada keretanya rosak dan berada di bengkel, datang bersama kawan, ataupun menaiki ehailing. Ini bagi menjaga maruahnya supaya peluang untuk mendekati anda tidak berkurang sekiranya anda mengetahui bahawa dia cuma memiliki kereta lama sahaja.

5. Bercakap Besar dengan Kuat

Katakanlah anda datang duduk di sebuah restoren yang sudah sedia ada beberapa orang lelaki, anda akan mula mendengar cerita-cerita dari mereka, jumpa Datuk itu Datuk Ini, jumpa Tan Sri, Kereta Mercedes/BMW, semuanya akan keluar dari perbualan mereka. Ini normal bagi lelaki-lelaki yang cuba menarik perhatian wanita melalui ‘sembang kencang’. Cuba anda bangun dan duduk jauh sedikit hingga jauh dari perbualan mereka, sudah pasti perbualan mereka akan kembali normal. 

6. Acah Mesra dengan Bini

Ada juga lelaki jenis begini yang menggunakan isteri sendiri untuk tawan hati anda yang tiba-tiba muncul depan mereka. Di belakang anda lelaki-lelaki ini biasa sahaja, akan tetapi bila ternampak seseorang yang cantik dan jelita seperti anda yang tiba-tiba lalu dihadapan mereka, mulalah ‘lakonan’ melayan isteri dengan mesra, walhal jika tiada orang, bini itulah yang akan menjadi ‘punching bag’ beliau. Hati-hatilah dengan lelaki yang jenis bermuka-muka begini.

7. Memegang Bayi Menunjukkan Sifat Kebapaan

Jika anda mengenali mana-mana lelaki bujang yang tiba-tiba sahaja suka mendukung bayi, tidak kisah bayi abangnya atau kakaknya, atau bayi jiran yang datang bertandang terutama sekali pada hari raya, maka sebenarnya beliau sedang menunjukkan kepada anda yang beliau boleh menjadi bapa yang penyayang, boleh menjaga anak anda bersama beliau kelak. Jika anda tertawan, maka skil beliau berjaya!

8. Rajin Mengemas Luar Rumah

Antara keunikan tanda lelaki menyukai anda adalah jika anda berjiran dengan keluarga yang mempunyai anak bujang, kalau nampak anak bujangnya rajin menyapu luar rumah, rajin baja pokok bunga, rajin mop kawasan parking kereta, rajin kutip bunga-bunga berguguran, rajin basuh kereta bapa, maka jangan sangka anda sudah bertemu jodoh. Tanya dengan mak dia terus samada beliau memang rajin bersihkan luar dalam rumah. Jika maknya mengakui hanya luar sahaja dibersihkan, itupun hanya pada waktu anda pulang dari kerja, maka terpulanglah kepada anda.

9. Terus Approach Anda di Laman Cari Jodoh

Kalau anda ada meletakkan maklumat di laman cari jodoh, ada lelaki approach anda dengan menyatakan bahawa beliau memiliki kereta, rumah, motorsikal dan pekerjaan yang stabil, maka tak syak lagi beliau bukan setakat menunjukkan tanda lelaki menyukai anda, beliau memang nak meminang anda terus dah, dah bersedia betul tu, jangan tangguh-tangguh. Dah ada katering? kalau belum takpe, klik je butang whatsapp kat bawah ini, kami dari Seri Indah Catering boleh siapkan majlis anda, kita bincang.

Atau boleh scan pada kod QR di bawah