7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan Menganjurkan majlis perkahwinan bukanlah suatu yang boleh diambil ringan, terdapat beberapa langkah persediaan untuk membuat majlis perkahwinan. Ini terbukti apabila persediaan yang dilakukan secara main-main, akan terdapat cacat cela dalam majlis tersebut yang boleh menyebabkan ahli keluarga menjadi kelam kabut untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul kelak. Senarai 7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan Persediaan majlis perkahwinan ini biasanya dilakukan oleh bakal mempelai, namun ibu bapa tak kurang juga akan sama-sama menjadi sibuk untuk bersama-sama memastikan majlis berjalan lancar. Berikut beberapa tips disediakan untuk bakal mempelai agar dapat memastikan majlis berjalan sebaik mungkin. Ada 7 langkah persediaan majlis perkahwinan yang ingin kami kongsikan di sini: 1. Dana Secukupnya Dana secukupnya di sini bukanlah bermakna jika suatu kos majlis perkahwinan itu mencecah sehingga 20k ke 30k, pasangan pengantin tersebut telah mempunyai sejumlah wang secukupnya sebanyak itu, sebaliknya jika sudah ke arah itu, seperti separuh atau sebahagian, itu sudah memadai dan menjadi penanda aras bahawa majlis boleh dilangsungkan. Ini kerana untuk menyewa khemah, kerusi meja, PA sistem, mak andam, kompang, katering, kesemuanya memerlukan modal untuk membayar pihak mereka terlebih dahulu. 2. Daftar Kursus Kahwin Berdaftar dengan kursus kahwin ini sebenarnya lebih kepada sebagai peringatan kepada kedua bakal mempelai tentang bahtera yang akan mereka layari. Banyak ilmu alam perkahwinan akan dikongsikan dalam kursus tersebut secara tak langsung menjadikan bakal suami dan isteri bersedia untuk memegang peranan masing-masing kelak. 3. Tetapkan Tarikh Kahwin Tarikh kahwin adalah perkara utama yang paling perlu dititberatkan. Ini kerana, untuk menempah dewan, baju, jurumekap, katering, semuanya memerlukan tarikh. Justeru jika sudah mencapai persetujuan kedua belah pihak untuk menyatukan kedua pasangan, maka tetapkan tarikh secepat mungkin. Tarikh inilah antara langkah persediaan majlis perkahwinan yang merupakan antara yang paling kritikal. 4. Booking Dewan Di zaman serba moden ini, agak sukar untuk menganjurkan majlis di rumah masing-masing. Ada di kalangan jiran yang tidak selesa atau tidak mengizinkan untuk penutupan jalan dilakukan bagi memberi laluan kepada majlis perkahwinan. Justeru, bagi menyelesaikan masalah-masalah ini, banyak Wedding Planner atau syarikat-syarikat katering telah mula fokus untuk menganjur majlis hanya di dewan-dewan sahaja. Perlu diingatkan, tidak perlu membazir dengan menyewa ballroom pihak hotel, cukup sekadar dewan-dewan yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya atau pihak PBT. Cuma disebabkan ramai yang juga ingin menganjurkan majlis perkahwinan di dewan-dewan ini, maka seeloknya booking seawal mungkin. 5. Ukur Pakaian Perkara yang merisaukan jika butik tidak mampu menyiapkan baju mengikut tempoh masa yang dibincangkan. Kadang-kala perkara ini tidak boleh disalahakan kepada satu pihak saja, ini kerana bakal pengantin perlu juga membuat ukuran secepat mungkin agar pihak butik ada tempoh masa yang lebih untuk menyiapkan busana pengantin yang jahitannya agak kompleks. 6. Tentukan Jumlah Jemputan Dalam membuat langkah persediaan menjelang majlis perkahwinan, ramai yang terlepas bahagian ini. Terlepas yang dimaksudkan adalah, anak-anak yang merupakan bakal pengantin dan ibu bapa bakal mempelai juga tidak berbincang jumlah tetamu yang mereka ingin jemput. Tambah lagi dengan grup-grup whatsapp, telegram dan media sosial, jemputan boleh menjadi luar dari jangkaan. Akhirnya majlis menjadi kelam-kabut kerana makanan habis awal, ada tetamu yang datang dari jauh kerana makanan sudah tiada atau tinggal saki baki sahaja sedangkan jam baru menunjukkan pukul 1 petang walhal dalam kad jemputan majlis adalah sehingga jam 4 petang. Ini akan menjatuhkan air muka pihak keluarga kerana tetamu akan berasa marah dan kecewa. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, JANGAN benarkan sesiapa pun untuk menghantar jemputan ke grup-grup whatsapp/telegram/media sosial, sebaliknya jemputan diberikan terus kepada orang yang dijemput ke nombor telefon mereka. 7. Lakukan Test Food Zaman viral ini, jangan terpedaya dengan mana-mana syarikat yang hanya gah pada status viral mereka, ini kerana jika satu-satu katering itu terlalu viral, tempahan mereka pasti tak cukup tangan. Ini mengundang masalah di hari majlis kerana pihak katering tersebut terpaksa uruskan banyak tempat dalam satu-satu masa. Jadi pastinya terdapat kekurangan yang mereka tak dapat nak jangka. Ada juga kes yang bakal pengantin tidak pernah bersua muka pun dengan pihak katering dan hanya membuat bayaran muka untuk tempahan. Akibatnya, ada juga kes katering tidak muncul langsung di hari kejadian. Ini pastinya mengecewakan dan memusnahkan harapan pihak keluarga pengantin. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan test food, berjumpa dengan pihak katering, kalau boleh dekat ofis atau kawasan memasak mereka(jika rumah pun tak apa). Minta pihak katering sediakan test food supaya kita dapat berbincang secara bersemua dan merasai secara langsung makanan yang bakal mereka hidangkan. Di Seri Indah Catering, kami menggalakkan pelanggan untuk mencuba dahulu masakan kami, tidak semestinya secara persendirian, bakal pengantin juga boleh request untuk kami bawa makanan lebih ke majlis kahwin yang kami terlibat ketika itu dan mencuba secara langsung di majlis yang sedang kami kelolakan ketika itu. Pihak Seri Indah Catering akan minta kebenaran pihak tuan rumah untuk mengundang bakal pengantin yang ingin merasa makanan secara langsung di majlis yang sedang berjalan itu. Klik butang di bawah untuk terus booking test food bersama kami. Whatsapp Sekarang Atau scan kod QR di bawah
9 Tanda Lelaki Menyukai Anda
Walaupun tiada perkara spesifik tanda lelaki menyukai anda, namun perlakuan ini dapat diterjemahkan dengan perlakuan lelaki apabila cubaan menawan hati si gadis sedang dilakukan melalui tingkah laku yang boleh dibaca, ini kerana lelaki tidaklah terlalu kompleks, mereka akan menunjukkan dengan jelas perkara yang mereka mahukan. Terdapat Beberapa Tanda Lelaki Menyukai Anda Sebagai seorang lelaki budiman, mereka tidak semberono untuk terus mengurat anda di depan orang ramai. Mereka lebih mementingkan standard mereka dan juga menjaga kehormatan kamu sebagai wanita. Namun begitu, ada juga tanda-tanda mereka akan tunjukkan bahawa mereka sebenarnya menyukai anda, jadi ambil perhatian yer tanda-tanda ini! 1. Keluar Rumah dalam Keadaan Kemas dan Wangi Betullah, siapa sangka anda akan bertembung dengannya, justeru beliau dah bersedia dengan lebih awal, anda dan si dia tidak mengenali satu sama lain pun, akan tetapi bila terserempak di restoren atau mall dan dia nampak kemas dan wangi, itu tandanya dia bersedia untuk menawan hati seseorang. Bagaimana jika korang saling mengenali? Sama sahaja, beliau sudah bersedia, bersedia untuk menawan anda dengan keadaannya yang wangi dan kemas. Ini kerana lelaki jika keluar rumah untuk membeli barang, menonton bola bersama kawan, memancing, atau minum-minum sahaja bersama kawan, mereka akan memakai pakai seringkas mungkin dan tidak perlukan pewangi pun. 2. Keluar ke Tempat yang Gah dan Mewah Jika ditanya adakah seorang lelaki gemar minum kopi di dalam pasaraya mahupun di kopitiam? Percayalah mereka lebih selesa minum kopi o ais di mamak. Lebih-lebih lagi kalau lelaki tu jenis perokok. Pasaraya merupakan ‘penjara’ kepada mereka kerana mereka tidak dapat dapat melepaskan gian untuk menghisap rokok di dalam pasaraya berikutan penghawa dingin(tahniah buat lelaki yang tidak merokok di luar sana). Justeru jika anda terlihat lelaki di dalam mall jika anda tidak mengenali mereka, maka mereka sedang mencari-cari peluang untuk berkenalan dengan wanita yang berada di mall tersebut. Jika anda berdua saling mengenali, maka apabila lelaki sanggup membawa anda ke tempat yang mewah dan nampak gah, itu adalah usaha beliau untuk menawan anda. 3. Masuk ke Restoren dan Duduk Menghadap Pernah tak anda sedang makan, tidak kisah beramai-ramai bersama kawan atau keluarga(mak dan ayah) atau pun anda makan keseorangan, ada lelaki yang baru masuk ke restoren tersebut akan memilih tempat duduk yang menghadap anda. Antara tanda lelaki menyukai anda ialah dengan beraninya dia menghadap ke arah anda. Ini kerana lelaki mempunyai gaya bahasa yang jelas, jika dia tidak berminat untuk mengurat, dia akan duduk jauh ataupun berpaling dari anda, jadi perhatikan lah tanda ini. 4. Malu Kenderaan Kurang Mantap Jika seseorang lelaki itu meminati anda dalam diam, kemudian terserempak dengan anda secara tak sengaja, jika waktu itu kereta ‘buruk’ beliau ada berhampiran dengan anda, pastinya sang lelaki tersebut sedaya-upaya memberitahu samada keretanya rosak dan berada di bengkel, datang bersama kawan, ataupun menaiki ehailing. Ini bagi menjaga maruahnya supaya peluang untuk mendekati anda tidak berkurang sekiranya anda mengetahui bahawa dia cuma memiliki kereta lama sahaja. 5. Bercakap Besar dengan Kuat Katakanlah anda datang duduk di sebuah restoren yang sudah sedia ada beberapa orang lelaki, anda akan mula mendengar cerita-cerita dari mereka, jumpa Datuk itu Datuk Ini, jumpa Tan Sri, Kereta Mercedes/BMW, semuanya akan keluar dari perbualan mereka. Ini normal bagi lelaki-lelaki yang cuba menarik perhatian wanita melalui ‘sembang kencang’. Cuba anda bangun dan duduk jauh sedikit hingga jauh dari perbualan mereka, sudah pasti perbualan mereka akan kembali normal. 6. Acah Mesra dengan Bini Ada juga lelaki jenis begini yang menggunakan isteri sendiri untuk tawan hati anda yang tiba-tiba muncul depan mereka. Di belakang anda lelaki-lelaki ini biasa sahaja, akan tetapi bila ternampak seseorang yang cantik dan jelita seperti anda yang tiba-tiba lalu dihadapan mereka, mulalah ‘lakonan’ melayan isteri dengan mesra, walhal jika tiada orang, bini itulah yang akan menjadi ‘punching bag’ beliau. Hati-hatilah dengan lelaki yang jenis bermuka-muka begini. 7. Memegang Bayi Menunjukkan Sifat Kebapaan Jika anda mengenali mana-mana lelaki bujang yang tiba-tiba sahaja suka mendukung bayi, tidak kisah bayi abangnya atau kakaknya, atau bayi jiran yang datang bertandang terutama sekali pada hari raya, maka sebenarnya beliau sedang menunjukkan kepada anda yang beliau boleh menjadi bapa yang penyayang, boleh menjaga anak anda bersama beliau kelak. Jika anda tertawan, maka skil beliau berjaya! 8. Rajin Mengemas Luar Rumah Antara keunikan tanda lelaki menyukai anda adalah jika anda berjiran dengan keluarga yang mempunyai anak bujang, kalau nampak anak bujangnya rajin menyapu luar rumah, rajin baja pokok bunga, rajin mop kawasan parking kereta, rajin kutip bunga-bunga berguguran, rajin basuh kereta bapa, maka jangan sangka anda sudah bertemu jodoh. Tanya dengan mak dia terus samada beliau memang rajin bersihkan luar dalam rumah. Jika maknya mengakui hanya luar sahaja dibersihkan, itupun hanya pada waktu anda pulang dari kerja, maka terpulanglah kepada anda. 9. Terus Approach Anda di Laman Cari Jodoh Kalau anda ada meletakkan maklumat di laman cari jodoh, ada lelaki approach anda dengan menyatakan bahawa beliau memiliki kereta, rumah, motorsikal dan pekerjaan yang stabil, maka tak syak lagi beliau bukan setakat menunjukkan tanda lelaki menyukai anda, beliau memang nak meminang anda terus dah, dah bersedia betul tu, jangan tangguh-tangguh. Dah ada katering? kalau belum takpe, klik je butang whatsapp kat bawah ini, kami dari Seri Indah Catering boleh siapkan majlis anda, kita bincang. Whatsapp Sekarang Atau boleh scan pada kod QR di bawah
3 Kisah Perkahwinan
3 Kisah Perkahwinan Terdapat banyak kisah perkahwinan di luar sana yang mana ada yang menceritakan kisah perkahwinan yang membahagiakan, namun tak kurang juga menganggap kisah perkahwinan mereka merupakan mimpi ngeri mereka. Mari kita rungkai 3 jenis perkahwinan yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Moga-moga kita mendapat pengajaran dari apa yang pernah berlaku kepada orang lain. Suka Duka Kisah Perkahwinan Biasa dengar kahwin paksa? Hal ini nampak macam kononnya hanya berlaku dalam kisah orang-orang dahulu kalau, namun anda silap. Zaman sekarang masih berlaku lagi. Jom kita rungkai 3 jenis kisah perkahwinan yang berlaku dalam masyarakat kita. 1. Kena Kahwin Paksa Seperti yang diceritakan di atas, perkara sebegini masih lagi berlaku dalam masyarakat kita. Pendekatan yang paling mudah kita ambil adalah faktor pekerjaan. Mereka yang berjawatan dalam kerajaan dianggap tetap dan berpencen. Justeri golongan ini menjadi sasaran ibu dan bapa si gadis untuk memastikan anak-anak mereka hanya akan berkahwin dengan mereka yang berjawatan tetap kerajaan sahaja. Walaupun sekarang tiada pengambilan tetap dan pencen yang mungkin dihapuskan, namun stigma ini masih melekat dalam fikiran para ibu bapa. Jika ada anak gadis mereka yang telah pun menjalin cinta selama bertahun-tahun, percayalah ibu bapa ini tetap akan memaksa anak gadis mereka berkahwin dengan lelaki pilihan mereka yang berjawatan tetap di sektor kerajaan. Ada juga kerana faktor harta dan pangkat, walaupun kerja sektor kerajaan, tapi faktor gaji besar seperti pegawai Petronas yang bekerja di KLCC menjadi taruhan si bapa untuk memaksa anak gadis mereka memilih lelaki tersebut. 2. Kahwin Mengelak Gelaran Andartu Jangan tidak menyangka bahawasanya kata-kata yang keluar dari mulut kita terkadang menyakitkan hati orang lain. Maka berhati-hatilah. Ini kerana jika kita melihat atau berhadapan dengan seseorang yang belum berumahtangga terutama sekali wanita, tak perlulah tanya berulangkali adakah beliau tidak mahu berkahwin? Siapa je yang tak mahu berumahtangga, akan tetapi jika jodoh belum kesampaian, maka tiada siapa pun yang dapat menyangkal takdir Tuhan. Ada yang mengalami tekanan mental hingga memilih untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menghampiri mereka. Suami orang, mahupun lelaki yang tak semenggah, golongan wanita yang sudah lanjut usia ini kadang-kala mengahdapi tekanan perasaan dan sanggup berkahwin dengan sesiapa sahaja. Tidaklah kita mengatakan lelaki-lelaki yang kurang semenggah itu tidak bagus dijadikan suami, tetapi terkadang kita melihat lelaki-lelaki jenis ini kadang-kadang suka melepak, menghisap rokok beramai-ramai tepi jalan tanpa hala tuju, maka kadang-kala lelaki ini juga diterima oleh wanita tadi semata-mata ingin menutup status andartu mereka. Justreu hentilah dari menekan wanita-wanita di luar sana yag belum bertemu jodoh. 3. Kahwin Kerana Sayang Inilah kisah perkahwinan yang diidam-idamkan oleh semua pasangan mempelai. Dua jiwa satu hati, disatukan pada majlis gilang-gemilang, menjadi sejarah kisah hidup yang akan diceritakan kepada anak cucu. Walaupun ada yang tidak berjaya mengecapi kebahagiaan ini, namun bersyukurlah, kerana Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dia berkemampuan. Maka bagi mereka yang dapat mengecapi kebahagiaan ini, haruslah diingatkan, persediaan majlis perkahwinan perlulah dilakukan sebaik mungkin supaya majlis berjalan dengan lancar. Lihat sini 7 Langkah Persediaan Majlis Perkahwinan sebagai tips untuk melakukan persediaan menjelang majlis kahwin tersebut. Yang mana satu kisah anda? Moga-moga kita semua diberi peluang untuk mengecapi nikmat berkahwin dengan orang yang kita sayang dan pasangan kita juga diterima oleh keluarga agar perkahwinan kita direstui. Adakah anda bakal mempelai? Sudah temui pakej katering yang sesuai untuk majlis anda? Jika belum, kami dari Seri Indah Catering sudi untuk berbincang dengan anda bagi merealisasikan majlis perkahwinan anda agar berjalan dengan lancar. Ingin Test Food menu kami? Klik link whatsapp di bawah: Whatsapp Sekarang Atau boleh scan pada kod QR di bawah
Penyatuan Dua Hati (Episod 2)
Penyatuan Dua Hati Bertemu si dia, saat itulah hati tertanya-tanya, “adakah dia orangnya?” orang yang akan bersama sehingga ke akhir hayat, Jika sebelum ini semuanya dilakukan berseorangan, kini segalanya berdua. Moga-moga hati ini istiqomah untuk bersamannya. Merpati Dua Sejoli -Episod 2 (Kisah Cinta Adam & Hawa)- Waktu Hawa tergesa-gesa menyambung kerja, Adam jadi tergamam. Rasa seperti ditinggalkan keseorangan, walhal bukan lah Adam datang ke majlis itu bersama-sama dengan Hawa. Tapi Adam masih kebingungan kenapa Hawa nyatakan ‘kita orang’ ? Pelbagai pertanyaan bermain dalam fikiran Adam, namun Adam hanya mampu termenung keseorangan. “Kenapa termenung tu awak?” tegur Hawa yang kebetulan lalu situ “Ehhh..saya..saya..saya bukan termenung..ehhh..awak buat ape kat sini?” Adam jadi blurr “Kan saya dah kata tadi..kita orang tender katering ni, saya kerja dengan syarikat ni” Hawa cuba terangkan, tapi Adam makin blurr sebab bukankah Hawa bekerja dengan rakan sekerjanyanya yang sedang melangsungkan perkahwinan, juga adalah rakan satu sekolah Adam dahulu? “Tapi kan..awak kan kerja satu ofis dengan…” belum sempat Adam sambung ayat “Dah..dah…saya banyak keje ni..awak tak nak balik ke? Ke awak nak Part Time keje katering ni macam kitaorang? hehe” Hawa berseloroh “Eh saya..saya..ermm..aduh..nak buat ape ni?” Adam dah jadi makin tak keruan, kalau nak teruskan menunggu, sampai bila dapat berborak lagi dengan Hawa? takkan sampai habis majlis? Kalau nak balik, belum dapat lagi nombor telefon Hawa, tapi Hawa dah berlalu sambung kerja-kerja katering BERSAMBUNG
Indahnya Perkahwinan
Seri Pengantin Indahnya Perkahwinan Berseri-seri pengantin indahnya perkahwinan bak Raja Sehari di hari yang penuh bersejarah, diserikan degan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Indah busana mempersonakan kedua mempelai yang kini membina bahtera bersama. Seri Pengantin Indahnya Perkahwinan Persediaan yang dilakukan berbulan-bulan kini menunggu hari bersejarah kedua mempelai bersanding. Segala persiapan dilakukan bersama, jika ada pasangan yang tidak dapat meluangkan masa bersama, mereka akan cuba mengambil masa terluang tatkala cuti bekerja untuk bersama-sama mencari barang-barang untuk persiapan kahwin. Siapa sangka si dia yang dulu pernah meluahkan perasaan, kini disambut untuk menjadi sebahagian dari hidup. Kerana di dalam islam itu sendiri mengharamkan aktiviti berpacaran, maka sebaiknya apabila kedua hati telah bersatu, ianya diikat dengan ikatan perkahwinan. Begitulah indahnya perkahwinan itu kerana digalakkan oleh syarak. Sewaktu menginjak dewasa, kita tidak pernah terfikir pun untuk mengemudi bahtera bersama seseorang, yang kita tahu hanya belajar di sekolah kerana dihantar oleh ibu bapa. Namun apabila bertemu berlainan jantina di sekolah, kita pula sudah beralih ke usia akhir baligh, maka di situlah bibit-bibit cinta mula terbit, niat untuk berpasangan sudah mula hadir. Perasaan ingin menyintai dan dicintai mula menguasai fikiran. Namun perjalanan masih jauh, sekolah perlu ditamatkan dahulu, menginjak ke usia semakin dewasa seiring pembelajaran akan beralih ke alam universiti, tatkala itu kita akan bertemu dengan lebih ramai calon untuk dijadikan pasangan, ada yang masih mampu bertahan tidak menjalin sebarang hubungan, sebaliknya bagi yang hati sudah mula berbunga-bunga, di sinilah tempatnya mencuba nasib. Siapa kata tak boleh kahwin pada usia muda? di zaman universiti inilah, ada saja anak muda yang ingin menjaga diri mereka meminta agar ibubapa mengizinkan untuk mereka bernikah. Betapa indahnya perkahwinan, di usia muda ini pasangan yang telah bernikah akan menggunakan kesempatan sebagai suami isteri untuk bagi dorongan satu sama lain untuk berjaya menggenggam ijazah masing-masing. Walaubagaimanapun, setiap bahtera yang dikemudi, tidak kisah jika masih di alam universiti atau sudah menginjak ke alam pekerjaan, keduanya sama akan melalui pelbagai ujian dan cabaran. Justeru ilmu berumah tangga perlulah dimiliki agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kelak. Ilmu ini biasanya bakal pasangan akan miliki apabila mereka menghadiri kursus perkahwinan, tetapi disebabkan kehidupan yang akan kita lalui mencecah puluhan tahun mendatang, maka banyak lagi saluran-saluran untuk menambah ilmu alam perkahwinan, antaranya melalui rancangan-rancangan bicara di televisyen, radio, di ruangan-ruangan artikel di laman-laman web tertentu, namun begitu awas! Jangan sampai tersalah pilih ruangan bual bicara toksik yang boleh membuatkan hubungan kita dengan pasangan menjadi buruk. Indahnya Perkahwinan Hadir Bersama Ujian Sebagai pasangan bakal mempelai, masing-masing haruslah bersedia untuk menghadapi apa jua ujian yang bakal melanda. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan hubungan suami isteri. Namun ini bukanlah suatu pernyataan untuk menakut-nakutkan, sebaliknya sebagai peringatan lembut buat pasangan bakal mempelai. Bertolak-ansurlah dalam apa jua situasi, maka keharmonian rumahtangga akan terjaga. Jika ada salah faham, berbincanglah sebaiknya, jika ada konflik, bertegurlah, berbicara, kerana jika masing-masing mendiamkan diri, konflik tersebut tak akan dapat di selesaikan. Hanya melalui perbincanganlah masalah dapat diselesaikan. Jika tidak juga mencapai kata putus, maka carilah pihak ketiga untuk menyelesaikan isu tersebut. Jangan salah faham, orang ketiga bukanlah seperti rakan sekerja, lebih-lebih lagi yg berlainan jantina, sebaiknya dari golongan ahli keluarga atau golongan professional seperti kaunselor. Ini penting untuk memastikan tiada pula berlaku ade pihak mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh yang membawa kepada masalah yang lebih besar. Dimana indahnya perkahwinan di sini jika kita membicarakan isu konflik? Ya, disinilah apabila kedua pasangan dapat kembali bersatu dan bertolak ansur satu sama lain, maka di situlah apabila rumahtangga tersebut terus semakin mengukuh hingga ke akhir hayat. Wallahualam.
Kisah Cinta (Episod 1)
Kisah Cinta Kita “Menyintai bukan semestinya memiliki, tetapi untuk memiliki kisah cinta yang indah perlukan usaha kedua pihak. Tidak akan hadir cinta tanpa keduanya membibitkan perasaan yang sama, terbit ikhlas dari hati, mengimpikan hari indah bersama sebagai mempelai, menjadi idaman setiap pasangan bercinta..” Merungkai Kisah Cinta Mata bertentang mata, mula jatuh ke hati, jantung berdegup laju, tiada siapa yang tahu betapa hati ini sudah mula bergelora untuk memiliki si dia. Hanya menunggu keberanian untuk hadir bagi menggerakkan seluruh tubuh bagi memulakan langkah untuk menegur si dia. Perlahan-lahan mengatur langkah menuju si dia untuk memulakan bicara pertama. “Hi..” sapa si teruna “…” si gadis hanya memandang tanpa membalas, cuba untuk menjual mahal sedangkan hatinya juga sudah membuak-buak. “Meriahkan majlis ni?” si teruna cuba lagi untuk mendapatkan respon Mereka berdua menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka namun tidak mengenali satu sama lain. Si Teruna menghadiri majlis tersebut seorang diri sedangkan si Gadis yang merupakan Wedding Planner sedang berehat sebentar kerana kepenatan. “Ermmm..” si gadis seperti tak terkata tak tahu nak menjawab apa “Siapa yang kahwin? Sedara ke?” cubaan si teruna seterusnya “Eh taklah..kawan saya, satu tempat kerja” si gadis dah mula kurangkan cubaan menjual mahal tadi “Ouh..saya dengan dia sekolah sama dulu..pastu masuk U kita orang berpisah..dah keje ni baru contact balik..tau2 je nak kahwin dah dia..haha” si teruna cuba untuk selesakan si gadis dan cubaan itu berjaya apabila si gadis tersenyum manja “Saya Adam..keje kat KL..ni balik kampung sebab nak datang majlis ni..awak memang orang sini ke?” soalan seterusnya sang teruna “Saya Hawa..dapat tawaran keje sini..tapi saya bukan orang sini..mak ayah asal Selangor” jawab si gadis “Jadi Hawa selalulah balik Selangor? ” si teruna terus nak tahu lanjut “Adelah 2 minggu sekali balik sana..jumpa mak ayah” jawab si gadis “I see..saya memang orang sini..sekolah sini..membesar kat sini..tapi tulah..dah bz keje kat KL..balik pun jarang-jarang..ade lah sebulan sekali” si teruna teruskan perbualan * KEDUANYA SENYAP SEKETIKA * Kisah Cinta Tak Kesampaian Si gadis minta diri untuk menyambung kerja, sang teruna terasa masih belum cukup puas untuk berbicara namun terpaksa merelakan demi membiarkan gadis tersebut menyambung kerja. Namun sang teruna masih belum mengetahui bahawa si gadis adalah merupakan Wedding Planner yang bekerja secara part time di hujung minggu, dan berkaitan dengan rakan mereka berdua adalah merupakan rakan sekerja di hari biasa. “Rajin awak yer!” sangkaan si teruna bahawa si gadis hanya menolong disebabkan kemungkinan si gadis ringan tulang untuk menolong di majlis tersebut. Gadis tersebut cuma senyum dan meneruskan langkah. Adam dan Hawa Kisah ini diteruskan dengan menggantikan nama si teruna dan si gadis kepada Adam dan Hawa. Kedua mereka berpisah sementara, Adam mula termenung samada mahu terus pulang atau sebaliknya. Namun beliau berasa sangsi dan konfius tidak tahu untuk membuat keputusan. Adam melihat dari kejauhan beriya-iya Hawa melakukan kerja seolah-olah Hawa merupakan pekerja katering. Ceritanya, kerana terlalu terpesona dengan wajah Hawa, Adam tak perasan bahawa Hawa menyarung pakaian rasmi syarikat katering. “Ahhhhhhhh! tolong sekali lah..member sekolah kot!” Adam berkeras tak mahu pulang sebab belum puas berbicara dengan Hawa. “Ni pinggan-pinggan kotor ni nak hantar kat mana awak?” Adam tiba-tiba muncul depan Hawa membawa sebesen pinggan kotor. “Ehhh..letak sana..letak sana je awak..takyah la angkat..tu keje kitaorang” Hawa serba salah bila Adam buat kerja “kerja kita orang?” Adam bingung sambil berbisik ke dalam hatinya..Adam terus hantar ke tempat yang Hawa tunjukkan kemudian terus mencari tandas untuk mencuci tangan beliau.. BERSAMBUNG..