Bertemu si dia, saat itulah hati tertanya-tanya, “adakah dia orangnya?” orang yang akan bersama sehingga ke akhir hayat, Jika sebelum ini semuanya dilakukan berseorangan, kini segalanya berdua. Moga-moga hati ini istiqomah untuk bersamannya.
Waktu Hawa tergesa-gesa menyambung kerja, Adam jadi tergamam. Rasa seperti ditinggalkan keseorangan, walhal bukan lah Adam datang ke majlis itu bersama-sama dengan Hawa. Tapi Adam masih kebingungan kenapa Hawa nyatakan ‘kita orang’ ? Pelbagai pertanyaan bermain dalam fikiran Adam, namun Adam hanya mampu termenung keseorangan.
“Kenapa termenung tu awak?” tegur Hawa yang kebetulan lalu situ
“Ehhh..saya..saya..saya bukan termenung..ehhh..awak buat ape kat sini?” Adam jadi blurr
“Kan saya dah kata tadi..kita orang tender katering ni, saya kerja dengan syarikat ni” Hawa cuba terangkan, tapi Adam makin blurr sebab bukankah Hawa bekerja dengan rakan sekerjanyanya yang sedang melangsungkan perkahwinan, juga adalah rakan satu sekolah Adam dahulu?
“Tapi kan..awak kan kerja satu ofis dengan…” belum sempat Adam sambung ayat
“Dah..dah…saya banyak keje ni..awak tak nak balik ke? Ke awak nak Part Time keje katering ni macam kitaorang? hehe” Hawa berseloroh
“Eh saya..saya..ermm..aduh..nak buat ape ni?” Adam dah jadi makin tak keruan, kalau nak teruskan menunggu, sampai bila dapat berborak lagi dengan Hawa? takkan sampai habis majlis? Kalau nak balik, belum dapat lagi nombor telefon Hawa, tapi Hawa dah berlalu sambung kerja-kerja katering
BERSAMBUNG
Kenalkan kepada kenalan yang ingin melangsungkan perkahwinan
Tebus Saguhati